Rabu, 23 Februari 2011


CINTA SEJATI ialah kasih Allah pada HAMBANYA. Kasih murni ialah kasih ibu bapa pada ANAKNYA. Kasih saudara masa BERADA. Kasih sahabat masa BINASA. Kasih suami isteri SEPENANGGUNGAN. Kasih orang menaruh HARAPAN. 

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga akan mati if musim berganti. Cintailah seseorang seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. 

Hati-hati dengan cinta,sebab cinta juga dapat membuat orang SIHAT menjadi SAKIT, orang GEMUK menjadi KURUS, orang NORMAL menjadi GILA, orang KAYA menjadi MISKIN, RAJA menjadi BUDAK,if cintanya itu disambut oleh PENCINTA PALSU. 


p/s:Hati2 dengan penyakit CINTA.... =P

Selasa, 22 Februari 2011

Gelak lagi hahahaha ...

Suke2 nak kasi sakit perut jee...


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ”

“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari”

“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.

“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Isnin, 21 Februari 2011

Manusia oohhhh Manusia...

Layan gelak hahaha..

samada korang penah baca atau tak....aku just nak share jee....
Ada sorang lelaki ni. Dia nak blajar guna facebook. Dia SMS kawan dia untuk ajar macam mana cara nak buat facebook :

Lelaki : weh! Tolong ajar aku buat facebook bole tak?
Kawan : bole. Ko dah ada depan computer?
Lelaki : dah. Aku dah ada email pun
Kawan : cantekk! Ok, skrg ko bukak browser firefox atau internet explorer
Lelaki : browser tu ape?
Kawan : laa. Ko click menu start, pastu cari tulisan internet explorer
Lelaki : pastu?
Kawan : kat kotak paling atas, ko type 'www.facebook.com' pastu enter
Lelaki : oke! Pastu weh?
Kawan : kalo da kuar gambar, ko isi form pendaftaran sesuai yg ada
Lelaki : isi yg mana weh? Takde pape pun kat page ni
Kawan : takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : paling atas cuma ada tulisan
'the page cannot be displayed'
Kawan : oh! Ko salah tulis dari awal tu
Lelaki : betul la aku type, www.facebook.com
Kawan : hm, mungkin connection internet ko mati
Lelaki : eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet
Kawan : cis. Senget! Jari aku sampai kerinting kasiktau ko. Rupenye rumah ko takde internet
Lelaki : hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanx ye
Kawan : sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.akuhensem2011@yahoo.com
Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah bukak lagi
Kawan : laa.. Mana ade email pakai 'www' kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ((bengang)) >:O

MACAM HANAT GELAK MAMPOS AKUUU!!!!